hang jebat

dearest blog,

izinkan aku berbicara sebegini…

dalam ketenangan riak wajahku melayan segala lambakan tugas yang tidak nampak kesudahannya, hatiku terdetik lantas terfikir…

“buat kerja superb camni, mesti cerah masa depan…”

aku terima segalanya dengan jujur dan sabar walau jiwaku ada masanya ingin memberontak. aku pendamkan segalanya dalam diam, seperti apa yang pernah diperturunkan kepada ku tidak berapa lama dahulu. namun begitu, lama-kelamaan aku mula menyedari yang tak semuanya indah. kecenderungan dan minat mula merosot walau aku cuba gagahi demi menjaga periuk nasi yang tidak seberapa ini. janji-janji palsu dan harapan kosong yang disogokkan hari demi hari membuatkan aku makin muak dengan keadaan.

“orang yang jujur dalam keadaan macam ni laa yang selalu akan rugi…”

demikian kata-kata keramat seorang sahabat yang dirinya sendiri sudah muak dengan keadaan namun masih gagah melaksanakan tugas demi untuk melonjakkan pihak yang lain. aku setuju dengan ungkapan itu, apa segala yang aku korbankan waktu ku ini langsung tidak diberi perhatian? waktu-waktu yang hilang selepas loceng berbunyi dan waktu-waktu yang terpaksa ku habiskan di sini ketika orang lain masih enak tidur atau bersama keluarga?

aku tak mintak banyak, cuma jangan dinafikan peluang yang aku terima. janganlah jadikan aku ini kurang ajar atau bertukar menjadi ‘hang jebat’, aku hanya mahukan secebis penghargaan dengan memberikan aku peluang untuk aku menghirup udara yang lebih nyaman di luar. perlukah aku menjadi antagonis yang memberontak demi untuk mendapatkan hak? sudahlah, aku muak dengan keadaan ini…namun aku tidak percaya yang aku mampu meloloskan diri kecuali dengan onar…