hilang akal

wahai blogku,

hari ini aku terasa nak menulis dalam bahasa ibunda aku. senang sikit nak emo kalau guna bahasa seharian…

aku dah cukup penat…makin hilang akal aku yang tak seberapa ini. adakah aku hilang akal kerana aku lembik? aku tahu aku bukan lembik dan aku tak rasa aku lembik. aku rasa sekarang ni aku dah malas nak layan!

suatu masa dulu aku pernah diajar ‘memendam rasa’. kadang-kadang aku bila fikir balik, logik ke kalau nak pendam rasa selama-lamanya? orang hilang akal pun takkan pendam perasaan dia lama-lama. pendamlah perasaan tidak puas hati kamu itu. tu zaman ortodoks bolehlah, sekarang ni zaman dah maju. masing-masing ada pendapat sendiri. kalau arahan tu macam hilang akal, takkan nak pendam je? sapa setuju jom mogok!

ahahaha, hilang akal ke nak mogok?

makanya, pendamlah perasaan itu.

sampai ke sudah tak maju camni….

apa susah, janji pukul 5.30 balik! kalau sekali-sekala takpelah nak 5.30 duk tercongok depan PC lagi, kalau hari-hari hilang akal namanya…